Sunday, March 28, 2010
sejArah TamIng sAri
Monday, February 1, 2010
i'll become mental disorder like the PAK WAN
Friday, January 8, 2010
uPsEt
Tuesday, January 5, 2010
kREdit PrabaYAR PerCUMa!
Bagaimana mendapat kredit prepaid secara PERCUMA!!!!
Cepat!! rakan-rakanku…. mari kita mencuba khas bagi yang memakai talian Celcom, Maxis, Digi dan lain². Selama nie kiter terpaksa membayar bill yang tinggi , sekarang nie how to reload your prepaid credit with FREE!!!!! Bagaimana cara mendapat kredit prepaid secara PERCUMA!!!!
Tekan 122,
Tekan 1,
Tunggu 10 saat,
Tekan 1555 dalam 1 saat,
Letak telinga pada handphone,
Dengar bunyi seperti line tak clear,
Tunggu bunyi selesai,
Sekiranya bunyi tiada lagi dalam 5 saat tekan 5,
Jika bunyi masih ada, tekan 6 Letak telinga pada handphone,
Tunggu ada suara operator yang kurang jelas, 5 saat selepas suara
itu tekan 5,
Kemudian masukkan nombor telefon anda (eg. 012-5555555),
Kemudian masukkan 4 nombor terakhir nombor telefon anda,
Kemudian masukkan 3 nombor pertama nombor telefon anda,
Selepas itu, tekan nombor 012(atau 013,016,010,019) secara terbalik,
Dalam bahasa lebih mudah tekan nombor 210,
Kemudian, tekan nombor 012(atau 013,016,010,019) secara tidak terbalik,
Dalam bahasa lebih mudah tekan nombor 012,
Letak telinga pada handphone,
Dengar bunyi seperti orang cina bercakap dan kurang jelas,
Tunggu bunyi selesai, tekan 777,
Selepas itu, kira sehingga 10 kemudian tekan #,
Sekarang letak telinga pada speaker kecil untuk ring tone di handphone,
Anda akan dapat mendengar sejenis ring tone yang pelik,
Selepas itu letak telinga pada handphone pula,
Anda akan mendengar kembali ring tone itu dalam versi yang kurang jelas,
Kira sehingga 10,
Kemudian letak kembali telinga pada handphone,
Anda akan mendengar seorang lelaki berkata "sedia",
Sediakan pen dan kertas,
dan tunggu lelaki itu menyambung percakapannya,
Lelaki itu akan memberi anda nombor,
Salin nombor itu,
Kemudian tekan nombor 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4,
Kemudian koyakkan kertas anda itu,
Kemudian bla bla bla bla, kalau kau dah baca sampai sini kau memang BENGAP!!!
Muakakakakakak…..Mana ada benda FREE dalam Dunia Nie hahahahahahahahahahhahaha
Lamakah Kita di Kubur?
Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.
"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"
Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.
"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.
"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... "
Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.
Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.
"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.
"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.
Ayahnya tersenyum dan menggangguk.
"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.
"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?" mata Yani bersinar ingin tahu.
Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.
"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.
Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.
"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?". Dia bermonolog sendirian.
Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.
Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.
Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.
"Allahumma as aluka khusnul khootimah"
Berulang Kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.
Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.
