Pages

Saturday, April 3, 2010

putus....

Aku duduk sendirian di kamarku,

Menangis kesepian kernamu,

Kau tinggalkan aku,

Kau cari yg lain,

Tergamakmu merobek hatiku…

Tapi setelah kau pergi,

Aku mendapat lebih baik darimu,

Dia hargai aku dia sayangi aku,

Lebih daripada mu..

Aku ingin kau tahu betapa ku gembira

Tidak lagi bersamamu,

Namun pastinya nanti kau sedari,

Yang kau perlu cintaku......


*actually xde pape pun juz nak bgtaw lagu nieyh mmg best*

Monday, March 29, 2010

tEkA mEnEkA

ade sebuah kapal layar...
die belayar ikut arah angin...
bile ke barat kapal itu akan bergerak ke arah barat...
dan bile ke timur kapal itu akan bergerak ke arah timur..
soalannye:
ke manekah arah asap kapal layar tersebut???
JAWAB2..KALO KORANG PANDAI SATU ANUGERAH UNTUK KORANG..

Sunday, March 28, 2010

wAnIta dan LelAki SAlinG mElEngkAPi


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui. Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai. Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

beToL ke MimPi iTu iNdaH??


afTer papEr math...petang tuh kunun nye study kimia sbb esok exam kimia tgh2 study tertido la pulak..besh pulak tido petang2..da lame xmrase tido petang2 mcm nieyh..sambil tertido bertemankan alunan muzik yg asyik dari hotfm frequency 104.3(bagi org2 melaka) termimpi sesuatu yang indah...background berdasarkan kmm yg terchenta.taw la nak berpisah selame sebulan tp kenape la kmm jugak yang jadik tempat bertuah dalam mimpi nieyh.mengaco je.!!dalam kemimpian yg indah itu mengapekan ultraman dari langit turun ke bumi masuk dlm mimpi ni..saye tidak paham..ni effect dari c faris la nieyh.bile tiap kali call xlaen dan xbukan mesti soalan cepumas yg die akan tnye "dah beli belum cd ultraman cosmos??"..maybe ini adalah salah satu effect yg sgt mendalam sehinggakan terbawe2 smpi ke mimpi...jum kite tgok ultraman2 yg masuk ke dalam mimpi saye ni...
.

WaNIta solehah pENawaR hAti


Raut wajah berhias cahaya
Tutur kata selembut sutera
Haus iman karena taqwa
Itulah ciri wanita solehah
Dalam tafakkur ia berdoa
Dengan lafadz lembut ia baca basmallah
Seraya tunduk kepada Allah Taala
Membuat ia kian pasrah kepada Allah semata
Senja di telaga
Bermahkotakan sinar kemuning dari pancarannya
Hanya kepada Allah semata ia bertaqwa
Hanya kepada Rabb tempat ia berkeluh kesah
Dalam hati ia bertasbih
Dalam raga ia berjanji
Satu tujuan yang harus diraih
Berjihad di jalan Allah selama hidup hingga mati

 
Copyright 2009 stoRy mOrY. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase